Apa khabar? Doa saya moga anda berada dalam keadaan sihat, ceria dan tenang selalu di samping insan tersayang dan rutin harian.
OK, di sini ada beberapa perkara yang nak saya sampaikan...
- Program pada 20 Ogos 2008
Jika anda berada di Nilai, Bangi, Semenyih, Kajang, Seremban, Mantin atau tidak kira di mana jua anda berada, anda dijemput hadir ke rumah saya pada hari Rabu, 20 Ogos 2008 jam 8 malam. Saya akan mengadakan sesi penerangan tentang mengapa SEMUA ORANG memerlukan IgG-Plus dan bagaimana IgG-Plus boleh menjadikan anda sekeluarga sihat dan bahagia. Jemputan terbuka kepada semua ahli keluarga, sanak-saudara, rakan-taulan dan sesiapa saja yang membaca blog ini. Inilah masanya untuk kita berkenalan, mengeratkan silaturrahim dan berkongsi ilmu bermanfaat sambil makan-makan dalam suasana santai! Harap anda dapat confirm kehadiran dengan menghantar SMS kepada saya, Sophia di 012-3051307 selewat-lewatnya pada hari Isnin, 18 Ogos 2008.
- Program Smart Parenting di USM
Adakah anda ingin:
- Menajamkan lagi daya ingatan anak?
- Memastikan anak terus bertenaga?
- Mengenali potensi hebat anak anda?
- Mengetahui diet pemakanan yang dapat membantu menguatkan minda anak anda?
- Mengurangkan tekanan anda & anak?
Jom hadiri dan bawa anak anda bersama ke...
PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN & RAHSIA TENAGA MINDA ANAK
Tarikh: 16/8/2008 Tempat: Dewan Kuliah C, USM Penang Masa: 9 pagi - 12 tgh
Penceramah Jemputan: Dr. Main Rindam (Pensyarah Kanan USM, ahli akademik, Pakar Kualiti Air, Pakar Alam Sekitar, Pakar Motivasi & Keibubapaan, Pakar Analisis Personaliti Berasas Lukisan)
Apa yang bakal disampaikan:
- Mengenal Potensi dan Personaliti Unggul Anak
- Tips Mudah Membantu Anak Anda Cemerlang Dalam Peperiksaan
- Sesi Khas - Terapi Anakku Sayang
- Diet Pemakanan dan Peranan Kepada Minda dan Daya Ingatan Anak
Hubungi saya segera untuk menempah tempat anda kerana tempat amat terhad.
Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah,
Sophia Amir Abas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan