Assalamualaikum,
Yes, you guessed it...I am a true advocate of exclusive breastfeeding. Pergi ke mana saja, saya suka sekali bercerita tentang kebaikan dan keseronokan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Jika anda rasa saya seorang fanatik, anda belum berjumpa lagi kawan-kawan saya di susuibu.com :) Hehe...
Yang membuatkan cerita ni lebih menarik, saya sebenarnya tak tahu-menahu tentang penyusuan eksklusif dan tidak pernah terlintas di hati saya untuk menyusukan anak saya, Muhammad Faris untuk tempoh sebegini lama. Asalnya saya berfikir, "Takpelah, try menyusukan seminggu dua masa dalam pantang, lepas tu boleh bagi formula." Betullah kata orang 'tak kenal maka tak cinta'. Rupa-rupanya saya berjaya menyusukan Faris hinggalah hari ini, Alhamdulillah.
Pada mulanya saya tidak cukup pengetahuan tentang penyusuan eksklusif ni, jadi pelbagai cabaran perlu dilalui. Oh, by the way, penyusuan eksklusif bermaksud memberikan anak susu ibu sahaja tanpa diselang-seli dengan air kosong atau formula. Ketika itu saya masih bekerja di pejabat, jadi memang ada hari-hari yang cukup kelam-kabut. Pada masa itu, Faris masih kecil, belum makan solid food dan memerlukan lebih kurang 24 oz susu sewaktu di rumah babysitter. Maka menjadi rutin harian saya untuk mengepam susu sekurang-kurangnya 2 kali ketika di office dan 3 kali di rumah. Syukur semua di office memahami malah assistant saya turut membantu mengingatkan saya waktunya sudah tiba untuk mengepam jika saya terleka. Biasanya saya menggunakan waktu morning break dan lunch break untuk mengepam tetapi ada juga hari di mana stok tidak cukup jadi saya perlu bangun pada jam 2-3 pagi khusus untuk mengepam susu! Kalau nak diikutkan cabarannya memang banyak tetapi jika kita mengutamakan kesihatan dan perkembangan anak, pengorbanan ini kecil sahaja sebenarnya. Pada awalnya saya sendiri rasa cukup teruji namun seperti rutin yang lain juga, alah bisa tegal biasa dan lama-kelamaan ianya tidak lagi menjadi isu. Yang pastinya, tiada perkataan dapat mengungkapkan perasaan seorang ibu ketika melihat anaknya tertidur kekenyangan selepas meminum susu penuh khasiat. Alhamdulillah, kini saya dah berada di rumah bersama anak saban hari jadi tidak perlu mengepam susu lagi!
Di sini saya senaraikan beberapa faedah bagi bayi dan ibu yang menyusukan (dipetik dari laman susuibu.com):
Kelebihan susu ibu
- Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja. Antaranya: melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana ia kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, kematangan usus dan mencegah alahan dan mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (susu ibu juga sejenis laksatif).
- Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi
- Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi IQnya daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 1991)
- Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan
- Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.
- Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak bila mereka dewasa
- Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi
- Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang
- Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.
Faedah penyusuan terhadap ibu
- Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari
- Mengelakkan pendarahan selepas bersalin
- Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semulajadi
- Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim
- Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
- Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa saja dan di mana-mana sahaja.
Satu isu yang sering merisaukan ibu-ibu yang menyusukan anak secara eksklusif adalah stok susu yang tidak cukup. Penghasilan susu ibu juga tertakluk kepada gaya pemakanan dan tahap stres yang dialami oleh ibu. Jika hari ini anda skip lunch atau membiarkan diri ditenggelami tekanan kerja di pejabat, ha, ada kemungkinan penghasilan susu anda agak terkencat. Nasihat saya, anda boleh mengamalkan IgG-Plus yang telah terbukti boleh memperbanyakkan dan meningkatkan kualiti susu ibu. Ini testimoni saya sendiri di mana sejak saya mengamalkan IgG-Plus hampir 2 tahun lalu, saya mendapat letdown yang lebih cepat dan susu juga jauh lebih banyak berbanding sebelumnya. Alhamdulillah, hebat sekali. Selain itu, anda juga boleh mengambil makanan seperti ulam pegaga, peria, pucur manis, oats, kobis dan jantung pisang untuk memastikan stok susu sentiasa mencukupi. Jangan lupa, mengepam pada masa yang sama setiap hari juga amat membantu.
Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah,
Sophia Amir Abas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan