Memaparkan catatan dengan label Sembang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sembang. Papar semua catatan

16 September 2008

Assalamualaikum,


Pejam celik sudah lebih separuh Ramadhan kita lalui kali ini. Cepatnya berlalu; mungkinkah masih ada peluang untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang? Jutaan syukur kerana kali ini saya masih berkesempatan mengerjakan amalan-amalan wajib dan sunat, namun hati ini membisikkan "Belum cukup lagi tu...mesti tingkatkan lagi...". Yalah, jika komitmen kita terhadap keluarga, tugas dan masyarakat semakin bertambah, apa lagi komitmen kita dengan Allah, bukan begitu? Moga diri ini sentiasa menunjukkan peningkatan dan moga hari ini jauh lebih baik dari hari-hari yang terdahulu. Amin Ya Rabb...


Semalam saya banyak menumpukan fokus kepada membuat promosi dan menghubungi rakan-rakan niaga. Terasa rugi yang amat jika tidak dapat berkongsi kebaikan IgG-Plus dengan lebih ramai orang dan membuka peluang kepada lebih ramai orang untuk menikmati kehidupan yang lebih berbahagia dan bermakna. Anda yang sedang membaca ni...sudahkah anda cuba minum IgG-Plus? Jika masih belum, segeralah hubungi saya untuk mencuba sekotak atau pun trial pack 5 peket...


Inilah permata hati saya, Muhammad Faris Akhyar. Penguat semangat saya untuk tetap melakukan biz ini dengan bersungguh-sungguh. Ada cerita lucu di sebalik pic ini. Ketika gambar ini diambil, kami sekeluarga berada di rumah An. Dekat saja jadi saya dengan begitu confident tidak membawa beg perkakasan Faris. Nak dijadikan cerita, Faris minum air, tertumpah sehingga lencun seluruh bajunya! Takut pula dia kesejukan, saya pun pinjamlah baju Iman, uncle Faris yang berumur 16 tahun, hehe. Memang besar dan oversized...tak perlu berseluar lagi kerana bajunya mencecah buku lali! Ayah Faris kata nampak macam Casper :). Noi, thanks a bunch for turning it into one of your scrapbook sketches...
Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah,
Sophia Amir Abas

02 September 2008

Dugaan & Semangat Ramadhan

Assalamualaikum,
Ramadhan Kareem!Cepat sungguh masa berlalu dan kini kita sudah pun berada di dalam bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan. Moga kita semua tidak ketinggalan dalam memperbanyakkan ibadah antaranya menunaikan solat tarawikh dan bertadarus dalam memburu ganjaran berlipatganda dalam bulan penuh barakah ini.
Sungguh lama saya tidak beronline. Update blog pun tak sempat, apa lagi menjengah blog rakan-rakan niaga yang lain. Email juga sudah beratus-ratus dalam Inbox dan banyak SMS dan panggilan yang tak terbalas. Jutaan maaf dipinta jika anda ada cuba menghubungi saya baru-baru ini tetapi tidak dapat get through. Sebenarnya kali ini saya memulakan Ramadhan dalam seribu kekalutan. Bermula awal minggu lepas, saya demam dan generally kurang sihat. Dalam keadaan tak berapa sihat tu, saya gagahkan juga diri bersiap-siap untuk kembali ke rumah Mama di TTDI memandangkan suami ada pembentangan paper di UM. Ketika bersiap-siap untuk kembali ke Nilai pada petang Khamis selesai presentation suami, kami didatangi berita sedih - Pak Teh kepada suami telah kembali ke rahmatullah setelah seminggu berada dalam CCU. Dalam penuh kesedihan, kami berangkat ke Gemencheh, Negeri Sembilan untuk majlis pengebumian arwah Pak Teh. Alhamdulillah, suami sempat melihat jenazah buat kali terakhir serta mengimamkan solat jenazah dan membaca talkin buat arwah Pak Teh yang dikasihi. Kebetulannya kami memang berhajat untuk balik ke rumah Mak di Palong 1 untuk berbuka puasa bersama-sama, jadi selesai semuanya kami pun pulang ke rumah Mak. Baru nak menenangkan hati dan fikiran, saya mendapat berita mengejutkan dari An pada pagi berikutnya - bapa tiri saya telah pening, jatuh pengsan di rumah dan tertiarap, tidak dapat menggerakkan tubuhnya. Terpaksa dikejarkan ke hospital dengan ambulans. Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu. Kami bertiga pun bergegas kembali ke KL semula untuk melihat keadaan Uncle di ER PPUM. Syukur Alhamdulillah, ketika saya sampai di hospital petang Sabtu itu, Uncle sudah lebih baik walaupun generally keadaannya masih lemah. Tidak perlu dimasukkan ke dalam wad namun pesan doktor "complete rest and come for follow-up next week". Kasihan pula melihat Mama terpaksa handle segalanya bersendirian jadi saya dan suami decide untuk stay di rumah Mama sehinggalah hari Isnin. Dapatlah bantu Mama dan dapatlah berbuka puasa pertama kalinya pada tahun ini dengan mereka. Nampaknya Uncle juga perlu mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat - makan perlu dijaga, tak bolehlah ikan masin dan masakan bergoreng sepanjang masa...
Begitulah cerita saya sepanjang minggu lepas. Sekadar ingin meluah rasa dan berkongsi dengan anda. Begitu banyak dugaan melanda kebelakangan ini namun semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya bersyukur dapat meluangkan masa untuk berbakti kepada ibu bapa di saat-saat mereka memerlukan. Tanpa mereka, siapalah kita. Alhamdulillah, hari ini saya berasa lebih tenang dan bersemangat untuk meneruskan kerja-kerja yang tergendala. Syukur ya Allah di atas kurniaan semangat untuk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai ini. Hari ini saya mula fokus semula kepada SDA yang tertinggal terus selama beberapa hari. Buat promosi, balas email prospek dan rakan niaga di antaranya - ya, inilah rutin harian saya sebagai seorang usahawan MLM bersama Smart Naco dan Smart Success Team. Syukur, baru saja saya duduk di depan laptop ni, sudah masuk order untuk IgG-Plus. Alhamdulillah, rezeki ada di mana-mana, yang penting kita mesti teruskan usaha...
OK, nampaknya setakat ini dulu. Masih banyak kerja-kerja biz yang perlu dilakukan. Petang nanti nak siapkan hidangan berbuka pula. InsyaAllah jumpa lagi ya!
Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah,
Sophia Amir Abas

08 Ogos 2008

Berjumpa Di Rumah Baru!


Assalamualaikum...


Hi semua! Selamat bertamu di 'rumah' saya yang baru. Akhirnya, lahir juga blog yang diberi nama Impian Menjadi Kenyataan. Mmm, tajuknya memang significant kerana syukur, syukur, syukur banyak impian saya sudah tercapai dan banyak juga impian yang sedang saya usahakan untuk realisasikan sekarang ini. Walaupun masih banyak yang belum sempat saya touch up, tak apalah. Yang penting sudah launch pada tarikh yang amat cantik - 080808. Asalnya nak launch pada 01 Ogos, tapi tak kesampaian pula. Ha, lewat seminggu tu!


Kepada anda yang telah biasa berkunjung ke blog saya di http://sophiamaa.bravejournal.com/ dan terus setia mengikuti perkembangan saya, berbanyak-banyak terima kasih. Kepada anda yang baru pertama kali singgah di sini, tuan rumah ingin mengalu-alukan, kecil tapak tangan nyiru ditadahkan. Jangan pula lupa singgah di blog lama saya di http://sophiamaa.bravejournal.com/ ya!


Sudah ada blog, mengapa pula saya memulakan blog yang baru? Sebenarnya sudah lama saya ingin memulakan blog yang berbentuk lebih peribadi selain mempunyai blog yang menceritakan perjalanan biz saya bersama Smart Naco dan Smart Success Team. Setiap aspek dalam kehidupan kita ini saling berkait dan saya teringin berbicara tentang my other passions in life sebagai seorang wanita, isteri, ibu dan anak dan bagaimana faktor-faktor ini mendorong dan memberi kekuatan kepada saya untuk menjayakan biz kesayangan ini. Namun saya bimbang tidak sempat mengurus terlalu banyak blog, nanti jadi white elephant pula! Jadi timbul idea untuk incorporate both elements dan pastinya ini juga akan membuatkan anda berpeluang mengenali saya dengan lebih dekat. InsyaAllah, blog baru ini lebih santai dan anda juga dialu-alukan untuk meninggalkan sebarang komen dan idea. Let's keep 'em coming and make online interaction more fun!



Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah,
Sophia Amir Abas