16 September 2008

Assalamualaikum,


Pejam celik sudah lebih separuh Ramadhan kita lalui kali ini. Cepatnya berlalu; mungkinkah masih ada peluang untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang? Jutaan syukur kerana kali ini saya masih berkesempatan mengerjakan amalan-amalan wajib dan sunat, namun hati ini membisikkan "Belum cukup lagi tu...mesti tingkatkan lagi...". Yalah, jika komitmen kita terhadap keluarga, tugas dan masyarakat semakin bertambah, apa lagi komitmen kita dengan Allah, bukan begitu? Moga diri ini sentiasa menunjukkan peningkatan dan moga hari ini jauh lebih baik dari hari-hari yang terdahulu. Amin Ya Rabb...


Semalam saya banyak menumpukan fokus kepada membuat promosi dan menghubungi rakan-rakan niaga. Terasa rugi yang amat jika tidak dapat berkongsi kebaikan IgG-Plus dengan lebih ramai orang dan membuka peluang kepada lebih ramai orang untuk menikmati kehidupan yang lebih berbahagia dan bermakna. Anda yang sedang membaca ni...sudahkah anda cuba minum IgG-Plus? Jika masih belum, segeralah hubungi saya untuk mencuba sekotak atau pun trial pack 5 peket...


Inilah permata hati saya, Muhammad Faris Akhyar. Penguat semangat saya untuk tetap melakukan biz ini dengan bersungguh-sungguh. Ada cerita lucu di sebalik pic ini. Ketika gambar ini diambil, kami sekeluarga berada di rumah An. Dekat saja jadi saya dengan begitu confident tidak membawa beg perkakasan Faris. Nak dijadikan cerita, Faris minum air, tertumpah sehingga lencun seluruh bajunya! Takut pula dia kesejukan, saya pun pinjamlah baju Iman, uncle Faris yang berumur 16 tahun, hehe. Memang besar dan oversized...tak perlu berseluar lagi kerana bajunya mencecah buku lali! Ayah Faris kata nampak macam Casper :). Noi, thanks a bunch for turning it into one of your scrapbook sketches...
Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah,
Sophia Amir Abas

11 September 2008

Apa Khabar?

Assalamualaikum,

Apa khabar anda semua? Doa saya moga anda berada dalam keadaan tenang dan berbahagia, tambahan lagi kita berada dalam bulan penuh keberkatan dan maghfirah ini. Hari ini saya menerima pelbagai perkhabaran; ada yang bagus dan ada yang kurang baik. Yang kurang baiknya, kesihatan bapa tiri saya masih kurang memuaskan; beliau masih selalu pening dan sesak nafas. Saya juga dimaklumkan ibu saudara saya, An mengalami benjolan di belakang telinga yang melibatkan lymph nodes dan memerlukan pemerhatian rapi. Apa pun, saya doakan moga Allah terus memelihara kesejahteraan keluarga saya dan berita-berita ini membuatkan saya lebih bersyukur dan beringat tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan. Jangan lupa, kesihatan merupakan sesuatu yang kita perlu berusaha untuk menjaganya - tubuh kita tidak akan kekal sihat dengan sendirinya jika kita tidak menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Alhamdulillah, Sabtu lepas saya berkesempatan menghadiri program Smart Parenting di HQ Smart Naco. Turut menemani suami dan si kenit bernama Faris. Wah, programnya memang saya kategorikan sebagai cemerlang kerana ia memberi kita peluang untuk lebih mengenali dan memahami anak-anak di sebalik segala kerenah dan attitude mereka. Terima kasih banyak kepada SPD Che Din, Dr. Main dan PD Ashriee yang datang dari jauh untuk sama-sama menjayakan program tersebut. Selesai program, kami bertiga bergegas pula ke Plaza Low Yat kerana RAM notebook saya rosak menyebabkan tiada display di notebook. Sesak betul Plaza Low Yat petang itu, benar-benar meletihkan kami. Yalah, nama pun zaman ICT dan baguslah lebih ramai yang menyedari kepentingan ICT hari ini.

Ya, dugaan datang bersilih ganti, namun biz tetap saya jalankan mengikut yang termampu kerana segala IMPIAN tetap takkan saya lupakan dan saya tetap ingin realisasikan. Nak tunggu masa semuanya mudah, semuanya OK memang takkan ada. Syukur, semalam ibu mertua saya menelefon untuk memaklumkan ada beberapa jiran di Palong 1 yang ingin membeli IgG-Plus setelah mencuba trial pack. Mereka adalah Pakcik Harim, Makcik Hawa dan Pakcik Ali yang masing-masing memesan satu kotak. Pakcik Harim mengadu berasa sebu di perut, Makcik Hawa pula mengalami arthritis dan Pakcik Ali nampaknya sihat, cuma mahu mengekalkan kesihatan beliau di tahap terbaik. Saya doakan moga mereka semua mendapat manfaat daripada produk hebat ini dan akan mengamalkan IgG-Plus dengan istiqamah.

OK, nampaknya setakat ini dulu coretan saya kali ini. Sebentar lagi nak bertolak ke Senawang, hantar 2 kotak IgG-Plus kepada Ms. Aw...

Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah,
Sophia Amir Abas

02 September 2008

Dugaan & Semangat Ramadhan

Assalamualaikum,
Ramadhan Kareem!Cepat sungguh masa berlalu dan kini kita sudah pun berada di dalam bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan. Moga kita semua tidak ketinggalan dalam memperbanyakkan ibadah antaranya menunaikan solat tarawikh dan bertadarus dalam memburu ganjaran berlipatganda dalam bulan penuh barakah ini.
Sungguh lama saya tidak beronline. Update blog pun tak sempat, apa lagi menjengah blog rakan-rakan niaga yang lain. Email juga sudah beratus-ratus dalam Inbox dan banyak SMS dan panggilan yang tak terbalas. Jutaan maaf dipinta jika anda ada cuba menghubungi saya baru-baru ini tetapi tidak dapat get through. Sebenarnya kali ini saya memulakan Ramadhan dalam seribu kekalutan. Bermula awal minggu lepas, saya demam dan generally kurang sihat. Dalam keadaan tak berapa sihat tu, saya gagahkan juga diri bersiap-siap untuk kembali ke rumah Mama di TTDI memandangkan suami ada pembentangan paper di UM. Ketika bersiap-siap untuk kembali ke Nilai pada petang Khamis selesai presentation suami, kami didatangi berita sedih - Pak Teh kepada suami telah kembali ke rahmatullah setelah seminggu berada dalam CCU. Dalam penuh kesedihan, kami berangkat ke Gemencheh, Negeri Sembilan untuk majlis pengebumian arwah Pak Teh. Alhamdulillah, suami sempat melihat jenazah buat kali terakhir serta mengimamkan solat jenazah dan membaca talkin buat arwah Pak Teh yang dikasihi. Kebetulannya kami memang berhajat untuk balik ke rumah Mak di Palong 1 untuk berbuka puasa bersama-sama, jadi selesai semuanya kami pun pulang ke rumah Mak. Baru nak menenangkan hati dan fikiran, saya mendapat berita mengejutkan dari An pada pagi berikutnya - bapa tiri saya telah pening, jatuh pengsan di rumah dan tertiarap, tidak dapat menggerakkan tubuhnya. Terpaksa dikejarkan ke hospital dengan ambulans. Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu. Kami bertiga pun bergegas kembali ke KL semula untuk melihat keadaan Uncle di ER PPUM. Syukur Alhamdulillah, ketika saya sampai di hospital petang Sabtu itu, Uncle sudah lebih baik walaupun generally keadaannya masih lemah. Tidak perlu dimasukkan ke dalam wad namun pesan doktor "complete rest and come for follow-up next week". Kasihan pula melihat Mama terpaksa handle segalanya bersendirian jadi saya dan suami decide untuk stay di rumah Mama sehinggalah hari Isnin. Dapatlah bantu Mama dan dapatlah berbuka puasa pertama kalinya pada tahun ini dengan mereka. Nampaknya Uncle juga perlu mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat - makan perlu dijaga, tak bolehlah ikan masin dan masakan bergoreng sepanjang masa...
Begitulah cerita saya sepanjang minggu lepas. Sekadar ingin meluah rasa dan berkongsi dengan anda. Begitu banyak dugaan melanda kebelakangan ini namun semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya bersyukur dapat meluangkan masa untuk berbakti kepada ibu bapa di saat-saat mereka memerlukan. Tanpa mereka, siapalah kita. Alhamdulillah, hari ini saya berasa lebih tenang dan bersemangat untuk meneruskan kerja-kerja yang tergendala. Syukur ya Allah di atas kurniaan semangat untuk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai ini. Hari ini saya mula fokus semula kepada SDA yang tertinggal terus selama beberapa hari. Buat promosi, balas email prospek dan rakan niaga di antaranya - ya, inilah rutin harian saya sebagai seorang usahawan MLM bersama Smart Naco dan Smart Success Team. Syukur, baru saja saya duduk di depan laptop ni, sudah masuk order untuk IgG-Plus. Alhamdulillah, rezeki ada di mana-mana, yang penting kita mesti teruskan usaha...
OK, nampaknya setakat ini dulu. Masih banyak kerja-kerja biz yang perlu dilakukan. Petang nanti nak siapkan hidangan berbuka pula. InsyaAllah jumpa lagi ya!
Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah,
Sophia Amir Abas

19 Ogos 2008

Aura IgG-Plus

Assalamualaikum,
Ketika saya menulis entry ini, saya baru saja pulang dari menghantar 6 kotak IgG-Plus kepada seorang downline di Taman Semarak, Nilai. Hari ini juga saya telah menghabiskan kebanyakan masa menghubungi rakan-rakan niaga di serata Malaysia dan Alhamdulillah, ramai yang memesan IgG-Plus, terutamanya memandangkan bulan Ramadhan semakin menghampiri.
Ya, hebat betul aura IgG-Plus ni! Alhamdulillah, saya amat bersyukur melibatkan diri dalam biz yang mengenengahkan produk hebat, berkualiti dan boleh mendatangkan pelbagai kebaikan kepada segenap lapisan masyarakat, tak kira tua muda, miskin kaya. Seronok melihat kini lebih ramai yang appreciate kebaikan susu ini untuk kesihatan. Menyentuh tentang bulan puasa yang bakal menjelang, saya masih ingat amalan saya dan suami yang insyaAllah akan kami terus kekalkan di bulan Ramadhan ini dan yang akan datang. Pada waktu bersahur, kami masing-masing akan mengambil 1 sachet IgG-Plus. Terasa perut lebih 'kemas' dan tidaklah berkeroncong menjelang tengahari, hehe. Waktu berbuka puasa pula diserikan dengan minuman kehijauan Alfalfa dan pastinya suami saya akan meminta saya membancuhkan secawan Nacofe waktu moreh. Ya, Ramadhan yang dirindui semakin terasa kehadirannya dan semoga bulan penuh keberkatan ini akan dapat kita sama-sama hiasi dengan bermacam ibadah dan amal soleh. Tidak kurang pentingnya, moga kita juga lebih prihatin tentang penjagaan pemakanan dan kesihatan di bulan Ramadhan ini supaya badan terus cergas untuk melaksanakan ibadah pada tahap optimum.
Hajat di hati nak menulis lebih panjang tapi masa pula mencemburui. InsyaAllah kita bertemu lagi nanti...
Salam ikhlas penuh ukhuwwah,
Sophia Amir Abas

15 Ogos 2008

Sakitnya Senggugut...

Assalamualaikum,
Baru tadi suami saya menelefon dan bertanya OK ke sekiranya beliau memberi studentnya yang sedang kesakitan akibat senggugut minum IgG-Plus? Saya kata memang sangat OK dan lebih baik lagi jika diminum juga Jus Pati Kurma 3K. Tapi memandangkan suami saya tak membawa Pati Kurma ke office, memadailah dulu dengan IgG-Plus. InsyaAllah sakitnya akan berkurangan.
Ya, cerita student suami saya tu mengingatkan saya untuk menulis tentang senggugut. Ramai wanita yang menderita akibat senggugut setiap kali 'datang bulan'. Jika yang mengalami tanda-tanda PMS biasa seperti lenguh-lenguh dan sakit belakang, kiranya masih OKlah tu. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang mengalami sakit acute sehingga berguling-guling atas lantai, berpeluh sejuk lantas pengsan? Ada yang melalui pengalaman begitu dahsyat sehingga menyamakan sakit senggugut lebih kurang seperti sakit nak bersalin. Katanya, "Nanti bersalin mungkin tak terasa sangat sakitnya sebab dah selalu kena senggugut."
Yang dikesalkan, ramai wanita yang menganggap senggugut ini perkara biasa dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Sebenarnya, ada sebab untuk anda berasa bimbang jika mengalami kesakitan amat teruk sewaktu haid kerana ada kemungkinan anda mengalami sejenis penyakit yang dikenali sebagai endometriosis. Endometriosis berlaku apabila darah haid tidak turun sehabisnya dan kekal di dalam badan membentuk ketumbuhan yang dikenali sebagai chocolate cysts. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang gejala ini, anda bolehlah melawat laman web http://www.endometriosis.org/.
Topik ini begitu dekat di hati saya kerana saya juga merupakan pesakit endometriosis dan terpaksa menjalani laparoscopic surgery untuk membuang chocolate cysts ini ketika berusia 23 tahun (sayang sekali kerana waktu tu saya belum bertemu dengan Smart Naco). Pada ketika itu saya langsung tidak tahu kewujudan penyakit ini dan menyangkakan saya terkena appendicitis. Lebih menakutkan apabila doktor memberitahu saya endometriosis ini merupakan penyakit yang berulang-ulang dan mungkin saya perlu menjalani pembedahan lagi pada lain kali untuk membuang cysts yang serupa. Apa pun saya bersyukur mengetahui tentang penyakit ini lebih awal kerana jika dibiarkan berlarutan untuk tempoh yang lama, endometriosis bukan sahaja menyebabkan kesakitan tetapi juga boleh menurunkan kadar kesuburan dan membuatkan pesakit sukar hamil. Mmm, begitu besar impaknya sedangkan kita selalu menganggapnya 'perkara biasa-biasa'.
Alhamdulillah, sejak saya mula mengamalkan IgG-Plus dan Jus Pati Kurma 3K, saya tidak lagi terlalu risau menantikan sampai 'masa itu' setiap bulan. Kalau dulu memang selalu saya pitam, pening kepala yang teruk dan sakit perut yang amat sangat, kini Alhamdulillah tidak lagi. Kalau dulu saya takkan keluar rumah dan sampai terpaksa ambil MC setiap first day of period, sekarang tidak perlu lagi. Syukur saya bertemu dengan produk hebat Smart Naco, jika tidak mungkin keadaan saya masih lagi seperti dulu...atau lebih teruk mungkin? Jadi bagi anda yang mempunyai masalah senggugut teruk, jangan duduk diam-diam dan anggap ini 'perkara biasa'. Buatlah medical check-up supaya dapat rule out kemungkinan-kemungkinan yang tidak diingini dan untuk menghilangkan kesakitan senggugut, anda boleh hubungi saya untuk mencuba trial pack IgG-Plus!
Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah,
Sophia Amir Abas

12 Ogos 2008

Hot News

Assalamualaikum semua,

Apa khabar? Doa saya moga anda berada dalam keadaan sihat, ceria dan tenang selalu di samping insan tersayang dan rutin harian.

OK, di sini ada beberapa perkara yang nak saya sampaikan...

  • Program pada 20 Ogos 2008

Jika anda berada di Nilai, Bangi, Semenyih, Kajang, Seremban, Mantin atau tidak kira di mana jua anda berada, anda dijemput hadir ke rumah saya pada hari Rabu, 20 Ogos 2008 jam 8 malam. Saya akan mengadakan sesi penerangan tentang mengapa SEMUA ORANG memerlukan IgG-Plus dan bagaimana IgG-Plus boleh menjadikan anda sekeluarga sihat dan bahagia. Jemputan terbuka kepada semua ahli keluarga, sanak-saudara, rakan-taulan dan sesiapa saja yang membaca blog ini. Inilah masanya untuk kita berkenalan, mengeratkan silaturrahim dan berkongsi ilmu bermanfaat sambil makan-makan dalam suasana santai! Harap anda dapat confirm kehadiran dengan menghantar SMS kepada saya, Sophia di 012-3051307 selewat-lewatnya pada hari Isnin, 18 Ogos 2008.

  • Program Smart Parenting di USM

Adakah anda ingin:

  1. Menajamkan lagi daya ingatan anak?
  2. Memastikan anak terus bertenaga?
  3. Mengenali potensi hebat anak anda?
  4. Mengetahui diet pemakanan yang dapat membantu menguatkan minda anak anda?
  5. Mengurangkan tekanan anda & anak?

Jom hadiri dan bawa anak anda bersama ke...

PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN & RAHSIA TENAGA MINDA ANAK

Tarikh: 16/8/2008 Tempat: Dewan Kuliah C, USM Penang Masa: 9 pagi - 12 tgh

Penceramah Jemputan: Dr. Main Rindam (Pensyarah Kanan USM, ahli akademik, Pakar Kualiti Air, Pakar Alam Sekitar, Pakar Motivasi & Keibubapaan, Pakar Analisis Personaliti Berasas Lukisan)

Apa yang bakal disampaikan:

  • Mengenal Potensi dan Personaliti Unggul Anak
  • Tips Mudah Membantu Anak Anda Cemerlang Dalam Peperiksaan
  • Sesi Khas - Terapi Anakku Sayang
  • Diet Pemakanan dan Peranan Kepada Minda dan Daya Ingatan Anak

Hubungi saya segera untuk menempah tempat anda kerana tempat amat terhad.

Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah,

Sophia Amir Abas

08 Ogos 2008

Penyusuan Eksklusif - Susah Ke?

Assalamualaikum,
Yes, you guessed it...I am a true advocate of exclusive breastfeeding. Pergi ke mana saja, saya suka sekali bercerita tentang kebaikan dan keseronokan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Jika anda rasa saya seorang fanatik, anda belum berjumpa lagi kawan-kawan saya di susuibu.com :) Hehe...
Yang membuatkan cerita ni lebih menarik, saya sebenarnya tak tahu-menahu tentang penyusuan eksklusif dan tidak pernah terlintas di hati saya untuk menyusukan anak saya, Muhammad Faris untuk tempoh sebegini lama. Asalnya saya berfikir, "Takpelah, try menyusukan seminggu dua masa dalam pantang, lepas tu boleh bagi formula." Betullah kata orang 'tak kenal maka tak cinta'. Rupa-rupanya saya berjaya menyusukan Faris hinggalah hari ini, Alhamdulillah.
Pada mulanya saya tidak cukup pengetahuan tentang penyusuan eksklusif ni, jadi pelbagai cabaran perlu dilalui. Oh, by the way, penyusuan eksklusif bermaksud memberikan anak susu ibu sahaja tanpa diselang-seli dengan air kosong atau formula. Ketika itu saya masih bekerja di pejabat, jadi memang ada hari-hari yang cukup kelam-kabut. Pada masa itu, Faris masih kecil, belum makan solid food dan memerlukan lebih kurang 24 oz susu sewaktu di rumah babysitter. Maka menjadi rutin harian saya untuk mengepam susu sekurang-kurangnya 2 kali ketika di office dan 3 kali di rumah. Syukur semua di office memahami malah assistant saya turut membantu mengingatkan saya waktunya sudah tiba untuk mengepam jika saya terleka. Biasanya saya menggunakan waktu morning break dan lunch break untuk mengepam tetapi ada juga hari di mana stok tidak cukup jadi saya perlu bangun pada jam 2-3 pagi khusus untuk mengepam susu! Kalau nak diikutkan cabarannya memang banyak tetapi jika kita mengutamakan kesihatan dan perkembangan anak, pengorbanan ini kecil sahaja sebenarnya. Pada awalnya saya sendiri rasa cukup teruji namun seperti rutin yang lain juga, alah bisa tegal biasa dan lama-kelamaan ianya tidak lagi menjadi isu. Yang pastinya, tiada perkataan dapat mengungkapkan perasaan seorang ibu ketika melihat anaknya tertidur kekenyangan selepas meminum susu penuh khasiat. Alhamdulillah, kini saya dah berada di rumah bersama anak saban hari jadi tidak perlu mengepam susu lagi!
Di sini saya senaraikan beberapa faedah bagi bayi dan ibu yang menyusukan (dipetik dari laman susuibu.com):
Kelebihan susu ibu
  • Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja. Antaranya: melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana ia kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, kematangan usus dan mencegah alahan dan mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (susu ibu juga sejenis laksatif).
  • Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi
  • Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi IQnya daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 1991)
  • Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan
  • Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak bila mereka dewasa
  • Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi
  • Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang
  • Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.
Faedah penyusuan terhadap ibu
  • Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari
  • Mengelakkan pendarahan selepas bersalin
  • Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semulajadi
  • Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa saja dan di mana-mana sahaja.
Satu isu yang sering merisaukan ibu-ibu yang menyusukan anak secara eksklusif adalah stok susu yang tidak cukup. Penghasilan susu ibu juga tertakluk kepada gaya pemakanan dan tahap stres yang dialami oleh ibu. Jika hari ini anda skip lunch atau membiarkan diri ditenggelami tekanan kerja di pejabat, ha, ada kemungkinan penghasilan susu anda agak terkencat. Nasihat saya, anda boleh mengamalkan IgG-Plus yang telah terbukti boleh memperbanyakkan dan meningkatkan kualiti susu ibu. Ini testimoni saya sendiri di mana sejak saya mengamalkan IgG-Plus hampir 2 tahun lalu, saya mendapat letdown yang lebih cepat dan susu juga jauh lebih banyak berbanding sebelumnya. Alhamdulillah, hebat sekali. Selain itu, anda juga boleh mengambil makanan seperti ulam pegaga, peria, pucur manis, oats, kobis dan jantung pisang untuk memastikan stok susu sentiasa mencukupi. Jangan lupa, mengepam pada masa yang sama setiap hari juga amat membantu.
Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah,
Sophia Amir Abas

Berjumpa Di Rumah Baru!


Assalamualaikum...


Hi semua! Selamat bertamu di 'rumah' saya yang baru. Akhirnya, lahir juga blog yang diberi nama Impian Menjadi Kenyataan. Mmm, tajuknya memang significant kerana syukur, syukur, syukur banyak impian saya sudah tercapai dan banyak juga impian yang sedang saya usahakan untuk realisasikan sekarang ini. Walaupun masih banyak yang belum sempat saya touch up, tak apalah. Yang penting sudah launch pada tarikh yang amat cantik - 080808. Asalnya nak launch pada 01 Ogos, tapi tak kesampaian pula. Ha, lewat seminggu tu!


Kepada anda yang telah biasa berkunjung ke blog saya di http://sophiamaa.bravejournal.com/ dan terus setia mengikuti perkembangan saya, berbanyak-banyak terima kasih. Kepada anda yang baru pertama kali singgah di sini, tuan rumah ingin mengalu-alukan, kecil tapak tangan nyiru ditadahkan. Jangan pula lupa singgah di blog lama saya di http://sophiamaa.bravejournal.com/ ya!


Sudah ada blog, mengapa pula saya memulakan blog yang baru? Sebenarnya sudah lama saya ingin memulakan blog yang berbentuk lebih peribadi selain mempunyai blog yang menceritakan perjalanan biz saya bersama Smart Naco dan Smart Success Team. Setiap aspek dalam kehidupan kita ini saling berkait dan saya teringin berbicara tentang my other passions in life sebagai seorang wanita, isteri, ibu dan anak dan bagaimana faktor-faktor ini mendorong dan memberi kekuatan kepada saya untuk menjayakan biz kesayangan ini. Namun saya bimbang tidak sempat mengurus terlalu banyak blog, nanti jadi white elephant pula! Jadi timbul idea untuk incorporate both elements dan pastinya ini juga akan membuatkan anda berpeluang mengenali saya dengan lebih dekat. InsyaAllah, blog baru ini lebih santai dan anda juga dialu-alukan untuk meninggalkan sebarang komen dan idea. Let's keep 'em coming and make online interaction more fun!



Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah,
Sophia Amir Abas