Assalamualaikum,
Apa khabar anda semua? Doa saya moga anda berada dalam keadaan tenang dan berbahagia, tambahan lagi kita berada dalam bulan penuh keberkatan dan maghfirah ini. Hari ini saya menerima pelbagai perkhabaran; ada yang bagus dan ada yang kurang baik. Yang kurang baiknya, kesihatan bapa tiri saya masih kurang memuaskan; beliau masih selalu pening dan sesak nafas. Saya juga dimaklumkan ibu saudara saya, An mengalami benjolan di belakang telinga yang melibatkan lymph nodes dan memerlukan pemerhatian rapi. Apa pun, saya doakan moga Allah terus memelihara kesejahteraan keluarga saya dan berita-berita ini membuatkan saya lebih bersyukur dan beringat tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan. Jangan lupa, kesihatan merupakan sesuatu yang kita perlu berusaha untuk menjaganya - tubuh kita tidak akan kekal sihat dengan sendirinya jika kita tidak menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Alhamdulillah, Sabtu lepas saya berkesempatan menghadiri program Smart Parenting di HQ Smart Naco. Turut menemani suami dan si kenit bernama Faris. Wah, programnya memang saya kategorikan sebagai cemerlang kerana ia memberi kita peluang untuk lebih mengenali dan memahami anak-anak di sebalik segala kerenah dan attitude mereka. Terima kasih banyak kepada SPD Che Din, Dr. Main dan PD Ashriee yang datang dari jauh untuk sama-sama menjayakan program tersebut. Selesai program, kami bertiga bergegas pula ke Plaza Low Yat kerana RAM notebook saya rosak menyebabkan tiada display di notebook. Sesak betul Plaza Low Yat petang itu, benar-benar meletihkan kami. Yalah, nama pun zaman ICT dan baguslah lebih ramai yang menyedari kepentingan ICT hari ini.
Ya, dugaan datang bersilih ganti, namun biz tetap saya jalankan mengikut yang termampu kerana segala IMPIAN tetap takkan saya lupakan dan saya tetap ingin realisasikan. Nak tunggu masa semuanya mudah, semuanya OK memang takkan ada. Syukur, semalam ibu mertua saya menelefon untuk memaklumkan ada beberapa jiran di Palong 1 yang ingin membeli IgG-Plus setelah mencuba trial pack. Mereka adalah Pakcik Harim, Makcik Hawa dan Pakcik Ali yang masing-masing memesan satu kotak. Pakcik Harim mengadu berasa sebu di perut, Makcik Hawa pula mengalami arthritis dan Pakcik Ali nampaknya sihat, cuma mahu mengekalkan kesihatan beliau di tahap terbaik. Saya doakan moga mereka semua mendapat manfaat daripada produk hebat ini dan akan mengamalkan IgG-Plus dengan istiqamah.
OK, nampaknya setakat ini dulu coretan saya kali ini. Sebentar lagi nak bertolak ke Senawang, hantar 2 kotak IgG-Plus kepada Ms. Aw...
Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah,
Sophia Amir Abas
11 September 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan