02 September 2008

Dugaan & Semangat Ramadhan

Assalamualaikum,
Ramadhan Kareem!Cepat sungguh masa berlalu dan kini kita sudah pun berada di dalam bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan. Moga kita semua tidak ketinggalan dalam memperbanyakkan ibadah antaranya menunaikan solat tarawikh dan bertadarus dalam memburu ganjaran berlipatganda dalam bulan penuh barakah ini.
Sungguh lama saya tidak beronline. Update blog pun tak sempat, apa lagi menjengah blog rakan-rakan niaga yang lain. Email juga sudah beratus-ratus dalam Inbox dan banyak SMS dan panggilan yang tak terbalas. Jutaan maaf dipinta jika anda ada cuba menghubungi saya baru-baru ini tetapi tidak dapat get through. Sebenarnya kali ini saya memulakan Ramadhan dalam seribu kekalutan. Bermula awal minggu lepas, saya demam dan generally kurang sihat. Dalam keadaan tak berapa sihat tu, saya gagahkan juga diri bersiap-siap untuk kembali ke rumah Mama di TTDI memandangkan suami ada pembentangan paper di UM. Ketika bersiap-siap untuk kembali ke Nilai pada petang Khamis selesai presentation suami, kami didatangi berita sedih - Pak Teh kepada suami telah kembali ke rahmatullah setelah seminggu berada dalam CCU. Dalam penuh kesedihan, kami berangkat ke Gemencheh, Negeri Sembilan untuk majlis pengebumian arwah Pak Teh. Alhamdulillah, suami sempat melihat jenazah buat kali terakhir serta mengimamkan solat jenazah dan membaca talkin buat arwah Pak Teh yang dikasihi. Kebetulannya kami memang berhajat untuk balik ke rumah Mak di Palong 1 untuk berbuka puasa bersama-sama, jadi selesai semuanya kami pun pulang ke rumah Mak. Baru nak menenangkan hati dan fikiran, saya mendapat berita mengejutkan dari An pada pagi berikutnya - bapa tiri saya telah pening, jatuh pengsan di rumah dan tertiarap, tidak dapat menggerakkan tubuhnya. Terpaksa dikejarkan ke hospital dengan ambulans. Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu. Kami bertiga pun bergegas kembali ke KL semula untuk melihat keadaan Uncle di ER PPUM. Syukur Alhamdulillah, ketika saya sampai di hospital petang Sabtu itu, Uncle sudah lebih baik walaupun generally keadaannya masih lemah. Tidak perlu dimasukkan ke dalam wad namun pesan doktor "complete rest and come for follow-up next week". Kasihan pula melihat Mama terpaksa handle segalanya bersendirian jadi saya dan suami decide untuk stay di rumah Mama sehinggalah hari Isnin. Dapatlah bantu Mama dan dapatlah berbuka puasa pertama kalinya pada tahun ini dengan mereka. Nampaknya Uncle juga perlu mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat - makan perlu dijaga, tak bolehlah ikan masin dan masakan bergoreng sepanjang masa...
Begitulah cerita saya sepanjang minggu lepas. Sekadar ingin meluah rasa dan berkongsi dengan anda. Begitu banyak dugaan melanda kebelakangan ini namun semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya bersyukur dapat meluangkan masa untuk berbakti kepada ibu bapa di saat-saat mereka memerlukan. Tanpa mereka, siapalah kita. Alhamdulillah, hari ini saya berasa lebih tenang dan bersemangat untuk meneruskan kerja-kerja yang tergendala. Syukur ya Allah di atas kurniaan semangat untuk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai ini. Hari ini saya mula fokus semula kepada SDA yang tertinggal terus selama beberapa hari. Buat promosi, balas email prospek dan rakan niaga di antaranya - ya, inilah rutin harian saya sebagai seorang usahawan MLM bersama Smart Naco dan Smart Success Team. Syukur, baru saja saya duduk di depan laptop ni, sudah masuk order untuk IgG-Plus. Alhamdulillah, rezeki ada di mana-mana, yang penting kita mesti teruskan usaha...
OK, nampaknya setakat ini dulu. Masih banyak kerja-kerja biz yang perlu dilakukan. Petang nanti nak siapkan hidangan berbuka pula. InsyaAllah jumpa lagi ya!
Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah,
Sophia Amir Abas

Tiada ulasan: